Alhamdulillah tahun ini aku dipertemukan sekali lagi dgn Bulan Ramadhan bulan yg penuh mulia.
Semoga ibadahku dirahmati Allah s.w.t. aminn.. Bersyukur juga aku kerana menyambutnye bersama suami tersayang..
Kali nie aku bersemangat sikit nak memasak.. bukan ape.. rindu rasenye nak makan makanan yg dimasak sendiri blh buat ikut suka apa yg nak makan.. Waktu2 hari bekerje tu kdg2 terus je singgah kedai.. mkn ptg mlm dah x makan..
Jadi di bawah adalah menu-menu sepanjang minggu pertama puasa.. tp ade hari yg x sempat nak amik gambo.. jadi sila la jamu mata kot2 ada yg teringin nak buat pulak.
Mutabak bazar ramadhan....
(laki bini suka tomato masak ape2 mesti byk guna tomato)
Resepi Ikan kembung sambal bertomato
Bahan2 : 2 ekor ikan kembung (dikerat 2 & digoreng)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 mangkuk kecil cili kisar
2 biji tomato
Daun ketumbar
Ayer asam jawa
Minyak.. Garam.. Gula..
Caranya : 1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang besar yang dihiris. Tumis hingga warna kekuningan.
3. Masukkan cili kisar.. Tumis hingga naik minyak..
4. Masukkan ayer asam jawa.. kacau dan biarkan sekejap.
5. Masukkan sedikit garam dan gula.
6. Masukkan tomato dan biarkan lembut sedikit.
7. Tutup api dan gaulkan sambal dgn ikan kembung yg digoreng tadi.
8. Taburkan daun ketumbar dan sedia dihidang.
(nak guna daun sup pun boleh.. tp suami kite suka lg
daun ketumbar)
Meja yang dihias dengan bunga segar yg diambil masa konvokesyen UPSI ke-13 dan yg pink tu beli kat pesta konvo buat kenangan walaupun aku x konvo huhuhu..
Cantikkan... berseri2 meja aku selama seminggu nih..
Menu : Ikan goreng je yg kite masak yg lain beli hehehe...
Murtabak.. Siput masak lemak.. Bubur sum-sum..
Buah tembikai susu.. Kuih-muih.. kurma..
Sup Sayur Sawi.. Telur dadarr.. Tembikai susu n kurma
Menu : Ikan terubuk bakar dan Air asam utara.
Ikan bawal masak lemak dan ulam bendi rebus.
Air wajib.. Teh O panas.. + air cincau.
Meriahnyer buka puasa ye. Erni pun hari2 masak. Kalau teringin kuih2 melayu kene buat eksperimen sendiri huhu. Selamat berpuasa buat farah dan suami.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI like your dining table and the food looks delicious.
ReplyDelete