08 September 2010

Biskut Coklat Chips

Biskut yang seterusnya plak fara buat adalah seperti dibawah.. tp buat 1 doh dulu.. nanti kalo x cukup baru buat lagi.. senang jugak membuatnye amek dr dapur secubitgaramnor67

BISKUT COKLAT CHIPS

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang

Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus. 
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...


 Doh sedia di bentuk untuk dibakar

Coklat Chips yang telah siap dibakar & sedang direhatkan

Siap dah masuk dalam balang & dah ada yg kena cukai hehehe..

Enhanced by Zemanta

3 comments:

  1. pernah buat juga,tetapi kena berhati-hati dengan sukatan marjerin,kerana ianya melekt serta lembek jika berlebihan

    ReplyDelete
  2. Najib : Memula tu terkejut juga sbb tgk bancuhannye lembek.. tp pembuat asalnye kata mmg mcm tu, kena scoop guna sudu je.

    Ken : Thanks..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...