22 June 2009

Pendaftaran Adikku Farid di Kolej Islam Antarabangsa

Sempena Hari Bapa semalam 21/6/09 kami telah menghantar adikku Farid untuk pendaftaran diKolej Islam Antarabangsa, gombak. Sempat juga menyiapkan barang2 keperluan dia. Suatu perubahan yg amat sukar diterima oleh ayah dan emak kerana terpaksa berpisah dgn anak bongsunya. Ayah lah yg paling terasa sbb sewaktu kami adik-beradik yg lain sambung belaja ditempat jauh hanya farid la jd peneman setia dia dirumah dr kecil hingga tingkatan 5, farid pulak x seligat kakak2 & abangnye, jd ayah risau samaada blh atau tidak dia berdikari. Kami tetap yakinkan ayah bahawa Farid blh lakukannya demi masa depannya ayah kena relakan juga pemergiannya. Kami semua doakan agar farid beroleh kejayaan kelak. Aminn..

Fauzan menemani Farid mengisi borang pendaftaran. 

Melaksanakan tanggungjawab sbg ketua keluarga. Tahniah Fauzan.. Kalau tiada fauzan siapa lagi nak diharapkan ayah pulak mmg dah x larat nak bawak kereta jauh2.


Tengok la tu mak ngan ayah masih semangat menemani farid.


Mak dan ayah di ruang menunggu.


Masa nie dah sampai diasrama lelaki, fauzan bergambar dibalkoni.


Rasenye yg bukit tu Batu Cave.


Mak, Ayah dan Farid.


Pemandangan hadapan pejabat asrama lelaki.


Bergambar sebelum balik, sayangnya Along x dapat turut serta kerana dia dan anaknya demam, itu pun mat hakim mengamuk2 nak ikut.


Selamat tinggal Farid dan selamat berjuang. Waktu nie kite hampir menangis gak sbb tgk ayah dah berair air mata. Selepas menghantar Farid kami sempat juga menyinggah ke rumah abang nizam anak kepada Abah (gelaran kpd pakcik Abu iaitu ayah angkat Farid). Keluarga kami dan keluarga abah dah macam saudara dekat, anak sulongnya kak yong menjaga farid dr kecil lagi. kami pindah kenegeri sembilan pun dia ikut sehingga ayah pencen baru la balik ke perak semula.

Rumah abg nizam terletak di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pertama kali kami sampai kesana, Fauzan mmg sudah biasa sbb sblm nie dia pernah tinggal sementara disini sewaktu kerja sambilan dgn LHDN.


Berehat sekejap sebelum menjamu bubur durian.


Abang nizam dgn ayah, abang nizam bekerja sebagai 

Pegawai Penguatkuasa Negeri N44 KPDNHEP Kuala Lumpur.


Bergambar sebelum balik.


Pemandangan dihadapan rumah abg. nizam.


Pemandangan dihadapan rumah abg nizam.


Pemandangan pintu masuk utama.

4 comments:

  1. salaam,glad to see that all womens are in Islamic dressing.am an Indian

    ReplyDelete
  2. salam...

    tq sudi singgah..di anaklaut blog

    ReplyDelete
  3. cantik ler pemandangan dari asrama. untung.

    anyway, smoga adik ko dapat belajar ngan baik dan pass with flying colors. Amin.

    ReplyDelete
  4. Ermm..itulah kelebihannya anak bongsu, tak gitu?

    Semua orang sayangkannya kerana anak bongsu ni, boleh "masuk" dengan sesiapa saja di kalangan adik beradiknya... kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...