25 October 2010

Perkhidmatan Perkahwinan


Bunga untuk kaunter


Bunga Meja





Haaa... anda semua dah tengok gubahan diatas td.. semua bahan-bahan adalah lebihan bunga hiasan pentas di dewan semasa konvokesyen hari tu.. bila tamat je sessi mmg berebut2 le bebudak semua amek bunga2 yg cantik2 tu.

Nak dijadikan cerita si Syam Bahagian Landskap yg menyediakan hiasan bunga pentas nie lewat 5 minit je, kite pun hairan dia dok kutip jugak daun-daun & bunga-bunga yang hanya tinggal x seberapa tu... apa la yg ko nak buat tu sham..

Sekali datang pagi esok berseri-seri semua pejabat dengan gubahan yang dia buat. Tahan lama pulak tu... amboi dia.. kalo dah dapat bunga hidup.. mmg suko bona la tu..

Sebenarnya si Syam nie mmg ade pengalaman sbb dia & kawan2-nya selalu buat kerja-kerja dekorasi perkahwinan, pertunangan & berbagai majlis keraian. Gubahannye menggunakan bunga-bungaan segar taw. Dia pun ade group sendiri iaitu Paku Laris Wedding Services. Jadi pada kawan-kawan yang ingin melihat hasil kerja mereka sila la klik di sini pakularisgallery


23 October 2010

Susun Atur Meja Pejabat Baru

Alhamdullillah.. akhirnya setelah sekian lama bekerja di UPSI dapat jugak kami merasa duduk bangunan baru.. perabot baru.. & segala-galanya barulah. Pentadbiran JPPHB ditingkat 7, Pengurusan Fasiliti & Pengurusan Projek ditingkat 6. Ble nampak Pekan Tanjong Malim tu... udah dia buat jakun plak... padahal kat KL tu melambak bangunan tinggi2.

Lepas nie tak la nak berpindah randah lg... Kecuali kalau aku yg mintak tukar kefakulti.. itu pun kalau Pengarah luluskan la. Seingat aku lebih sepuluh kali gak la pindah, ade bilik kosong je maka kena susun la semula kedudukan pejabat. Walaupan pindah sebelah bilik je @ ketingkat 1.. korang ingat senang nak susun balik.. dengan meja.. kabinet.. fail-fail.. yg paling hangin bila ada fail yg hilang.. hayooo manyak hangin taw..  

Proses perpindahan dilakukan sebelum bulan puase & kami menggunakan meja exam untuk sementara waktu menantikan kedatangan perabot baru. Perabot lama kita kasi lupus hehehe... Proses pindah jugak berjalan lancar dengan bantuan kederat pelatih-pelatih yg membuat Latihan Industri di sini. Mekasih la Akim, Mail n Raja tanpa kalian entah mcm mana la kami. 

Kalau nak tengok Bangunan E-Learning semasa dalam pembinaan boleh la jenguk senarai dibawah.. gambar-gambar diambil oleh En. Syed Mohd Adib dr Pusat ICT.

Dibawah nie pula gambar-gambarnye diambil oleh En. Eimiza dr Pusat ICT

Bangunan Baru E-Learning.. gambar oleh En. Eimiza

Dibawah nie adalah gambar2 pejabat baru kami ;)

Sesi mengemas 

    
  En. Jasmi.. Penolong Jurutera Awam Bahagian Pengurusan Projek
Terima kasih bebanyak kerana begitu sabar melayan kerenah kami yg manyak akai nih..  sekejap nak mcm tu sekejap nak mcm nie.. akhirnya dpt jugak yg TERBAIKKK....


Penolong Arkitek Landskap, Syamalif.. 
dalam versi malam & siang 
kelas ko jah hahaha...
Kesian dia.. paling lewat dapat meja.. sempat la merempat kat meja anak buah dia.. jangan mara aa.. syam. 

Untung si Ali, Sopia n Zaim nih.. 
baru keje dah merasa serba serbi baru.. 
rajin2 la koje lopeh nie yop..

 Susun Atur Meja juruteknik elektrik & elektronik selepas dikemas

 Paling senior kena duduk depan En. Zulkofli @ Abg. Joi. Juruteknik Kanan Elektrik
Gambar sebelah tu 3 meje sederet adalah tempat Juruteknik n Pelukis Plan Landskap.

 Hah!!.. meja aku je yang terasing.. tp yg buat aku suke sbb belakang aku tu adalah tempat si Syam tu.. dia mmg kaki menghias.. tgk la tu siap lampu2 & pokok2 lagi..  aku tompang sekaki la hehehe..

 OK x aku susun atur meja nih.. EMmm suke sangat.. 
perasan sorang2 ngehngeh..

 Gambar Ayang tetap kena ade la kan.. tp kali nie cantik sikit sbb ade frame... Dekorasi / Hiasan meja ade nak tambah lg tp bahan lom ade lg.. 

 Pandangan keseluruhan susun atur meja kerja... 
Gerobok tu buat simpan makanan x de alasan lapar dah lepas nih huahuahua..

Pandangan Sisi Meja Kerja / Meja Pejabat

Tempat nie si Syam tu yg mereka... Senang nak masak air katenye
Ape2 la dik oi.. janji makanan kite kongsi2  :)

08 September 2010

Biskut Coklat Chips

Biskut yang seterusnya plak fara buat adalah seperti dibawah.. tp buat 1 doh dulu.. nanti kalo x cukup baru buat lagi.. senang jugak membuatnye amek dr dapur secubitgaramnor67

BISKUT COKLAT CHIPS

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang

Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus. 
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...


 Doh sedia di bentuk untuk dibakar

Coklat Chips yang telah siap dibakar & sedang direhatkan

Siap dah masuk dalam balang & dah ada yg kena cukai hehehe..

Enhanced by Zemanta

06 September 2010

Cornflakes Chocolate

Hari minggu lepas kite merancang nak buat kuih raye tp buat yg simple2 je dulu bahan mmg dah beli ngan sopia kat kedai kek kat pekan tu.. ble tahan murah gak la kat situ.. untuk 3 jenis kuih baru RM50 lebih je... itu pun bahan2nye untuk 2 adunan setiap jenis.. berbaloi gak la



Nak beli coklat bar yg kecik tu    6 ketul RM7 kalau amek 2 dah RM14.. 
sekali tokey tu suruh beli yg besar 2kg RM15...  @  2.5kg RM18.50


Terus kite amik yg 2.5kg tu sbb mmg byk nak guna coklat nih. mcm2 blh buat.


Cornflakes pun amek yg besar RM8.50, buat 2 adunan pun ade lebih lagi.. ble buat cornflakes madu pulak.


Ini adalah rupa cocoa butter
200gram RM2.50


Fungsinye adalah untuk kilatkan coklat/baki coklat cepat beku. betul ke nie hehehe.. kalo salah tolong betulkan ek..




Resepi pertama adalah berasaskan cornflakes resepi dari secubitgaram kite copy n paste je.
  
CORNFLAKES CHOCOLATE
Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji ) tp kite dpt dlm 200 biji
1 kotak besar cornflakes(325gm)
1 sudu besar madu
5 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu besar gula
6 bar cooking chocolate/450gm
3 sudu besar peanut butter *optional
50gm cocoa butter
manik hiasan jika suka
papercup secukupnya
Cara-caranya:
Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair
Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2 supaya senang cair.
Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.
Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan.

*Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yg membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain.
Cubalah.. insyaALLAH sedap..

 *Jjika coklat sudah mula sejuk, cornflakes payah sket nak stick antara satu sama lain. Boleh lah dipanaskan balik sekejap balance yg belum diisikan ke dalam cup (dgn api perlahan) pastu cepat2 isikan ke dlm papercup ya..

 
 Inilah hasil usaha setelah siap setelah dibedak2 untuk mak & mak merta macam x cukup plak untuk aku punya. Maklumla aku nie kan hantu cornflakes.. padahal dlm 200 biji tu.. x puas ati sbb bekas tu x penuh.. akhirnya esoknye kite buat lagi satu adunan.. lupa plak amek gambar.. nanti kite letak kemudian yek. 

27 August 2010

Sambal Telur Puyuh

Aritu teringin makan sambal telur puyuh tp x sempat buat waktu berbuka, jd mlm tu masak untuk waktu bersahur la pulak.

Emmm.. Nyum..nyum..

11 August 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Alhamdulillah... akhirnya penantian itu datang juga disaat-saat Ramadhan & Syawal yg bakal menjelma. 2.. 3.. hari sebelum acara tersebut baru aku dapat surat dr Pendaftar. Terkejut juga.. ada buat salah ke?... OOoo.. rupa-rupanya surat pemberitahuan untuk menghadirkan diri keacara tersebut.

Sudah semestinya akanku sambut bersama org yg tersayang iaitu suami ku.. Kebetulan juga Ayang baru dapat masuk UPSI... Terima kasih x terhingga kepada saya punya Bos dan rakan-rakan sekerja yg banyak membantu dlm kerjaya saya.


Tahniah juga buat rakan lain yg telah berjaya. Kepada yg masih belum dapat Insya-Allah rezeki anda akan datang jua.



Buku APC 2009

Orang kuat universiti.. My Big Bos.. merangkap Pengarah JPPHB
Ir. Damanhuri b. Othman (berdiri paling kiri)

Dalam dewan x sempat bergambar, jd amek dlm pej. ayang je.

Terima kasih buat Ayang n the gang kerana telah membuat satu kejutan...

korang nak taw apa yg depa buat.. depa sorak beramai2 sampai bergegar dewan tu.. aku yg dah ketaq lutut ni lg la berdebar2 masa nak p amek sijil tu..

Dato VC pun naik heran tanya kat aku... aku yg dah sememangnya gelabah hanya mampu menjawab dgn senyuman sahaja :)

Dibawah adalah rakan-rakan satu Jabatan yg dpt anugerah hari tu.



Tahniah Faizul Tahniah Rini


Tahniah En Hanipah / Abg Gem Tahniah Fazila


Tahniah En Saiful

Sepatutnya ada sorang lagi iaitu Sharul tp x jumpa plak gambar dia kat FB jurugambar tu.


Balik dari APC si zam beria ajak beli kek.. aku pun bila kenangkan esok dah nak puasa ble la belanja budak2 nie makan kek.. sokongan & bantuan dia org jugak la yg memberi aku semangat kerja selama nie.



Ayat kat atas tu adalah ayat bodek dr En. Zam yek hahaha..



Alhamdulillah petang tu ramai yg dapat merasa kek nie.. harap2 kalo ade yg terkurang tu minta maaf la yek.. terkejut tergembar je majlis nie... Tp untuk yg x sempat merasa tu tunggulah masa jamuan raya nanti... gang yg dpt APC akan buat jamuan raye jugak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...