12 March 2014

Tanaman Saye ~: PUDINA


Bersua kembali sahabat2ku.... kali nie nak berkongsi hasil tanaman saye iaitu PUDINA .... 
Sebenornye Ayang  telah bawak balik benih pudina hasil semaian dari budak2 biologi fakulti dia..... 
Ayang jaga makmal fizik mmg x ada kaitan langsung la dengan pokok2 nih.... tp rajin plak dia mengecek budak2 tu..... terima kasih la kat depa sbb dah sedekah benih pudina nih......

Serius memula tu ingat susah nak jaga pudina nie rupa2nya senang aja....
Hanya pastikan air x kurang cukup (kadang2 sampai bertakung takut lupa)..... dan kenakan panas matahari agar ia cepat bertunas dan daunnya gemuk..... Pudina nie pun tahan lasak misalan air x cukup... keseluruhannya akan melepek mcm nak mati... tp lepas kita siram semula ia akan kembali segar semula. 

Secara ringkas kebaikan Pudina adalah 

Daun pudina untuk kebaikan luaran dan dalaman

Pudina atau nama saintifiknya Mentha Pipenta dikenali mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan terutama daunnya. Dengan sifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Daun pudina baik untuk mengurangkan masalah ketidakhadaman, sakit kepala, jerawat, masalah mulut, asma, masalah haid wanita dan mengurangkan masalah kemurungan. Tidak hairanlah apabila pudina banyak digunakan dalam ubat gigi, ubat batuk dan ubat kumur untuk penjagaan harian. 


Untuk maklumat terperinci bolehla kelink berikut http://animhosnan.blogspot.com/2012/10/khasiat-pudina.html


 Peringkat permulaan tanam.... Pastikan ada lapik dibawah untuk bagi air bertakung sikit sbb pudina nie jenis cepat serap air.... 

 Letakkan dekat dengan pencahayaan matahari untuk ia cepat bercambah dan mendapat daun yang lebar

 PUDINA yang sihat
 
 Tinggikan pasu agar memberi lebih ruang untuk pudina menjalar kebawah.

Hasil tuaian.... haaaa lepas nie leh selalu makan pudina :)

10 March 2014

Susun Atur Family Area ~ Mini Library/DIY Rak Buku ~

http://susunatursioca.blogspot.com/2014/03/sticky-post-cabaran-bulan-mac-apr.html
Hadiah Tajaan http://www.rehanswardrobe.blogspot.com/



Family Area @ Ruang keluarga saye nie bergabung dengan ruang tamu/tetamu sebabnye rekabentuk asal dah mmg begitu...  yang terpisah adalah ruang makan.... 

Jadi Ayang telah buatkan mini library agar masa lepak2 tu boleh le menelaah apa yang patut  :)







Amacam ok x hasil ketukangan Ayang saye nih hehehe... 
Jadilah untuk menjimatkan ruang kan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...