27 August 2010

Sambal Telur Puyuh

Aritu teringin makan sambal telur puyuh tp x sempat buat waktu berbuka, jd mlm tu masak untuk waktu bersahur la pulak.

Emmm.. Nyum..nyum..

11 August 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Alhamdulillah... akhirnya penantian itu datang juga disaat-saat Ramadhan & Syawal yg bakal menjelma. 2.. 3.. hari sebelum acara tersebut baru aku dapat surat dr Pendaftar. Terkejut juga.. ada buat salah ke?... OOoo.. rupa-rupanya surat pemberitahuan untuk menghadirkan diri keacara tersebut.

Sudah semestinya akanku sambut bersama org yg tersayang iaitu suami ku.. Kebetulan juga Ayang baru dapat masuk UPSI... Terima kasih x terhingga kepada saya punya Bos dan rakan-rakan sekerja yg banyak membantu dlm kerjaya saya.


Tahniah juga buat rakan lain yg telah berjaya. Kepada yg masih belum dapat Insya-Allah rezeki anda akan datang jua.



Buku APC 2009

Orang kuat universiti.. My Big Bos.. merangkap Pengarah JPPHB
Ir. Damanhuri b. Othman (berdiri paling kiri)

Dalam dewan x sempat bergambar, jd amek dlm pej. ayang je.

Terima kasih buat Ayang n the gang kerana telah membuat satu kejutan...

korang nak taw apa yg depa buat.. depa sorak beramai2 sampai bergegar dewan tu.. aku yg dah ketaq lutut ni lg la berdebar2 masa nak p amek sijil tu..

Dato VC pun naik heran tanya kat aku... aku yg dah sememangnya gelabah hanya mampu menjawab dgn senyuman sahaja :)

Dibawah adalah rakan-rakan satu Jabatan yg dpt anugerah hari tu.



Tahniah Faizul Tahniah Rini


Tahniah En Hanipah / Abg Gem Tahniah Fazila


Tahniah En Saiful

Sepatutnya ada sorang lagi iaitu Sharul tp x jumpa plak gambar dia kat FB jurugambar tu.


Balik dari APC si zam beria ajak beli kek.. aku pun bila kenangkan esok dah nak puasa ble la belanja budak2 nie makan kek.. sokongan & bantuan dia org jugak la yg memberi aku semangat kerja selama nie.



Ayat kat atas tu adalah ayat bodek dr En. Zam yek hahaha..



Alhamdulillah petang tu ramai yg dapat merasa kek nie.. harap2 kalo ade yg terkurang tu minta maaf la yek.. terkejut tergembar je majlis nie... Tp untuk yg x sempat merasa tu tunggulah masa jamuan raya nanti... gang yg dpt APC akan buat jamuan raye jugak.

08 August 2010

Jamuan buat Mak & Ayah

Lama sungguh aku x menambah aktiviti dalam blog nie... bukan merajuk tp cam malas plak. Kdg2 tak ada cerita yg nak tulis, kdg2 byk sgt sampai x sempat nak masukkan dlm nih... tp sayang pulak sbb sudah sekian lama aku berkecimpung dgn blog nih & mcm2 cerita yg telah aku abadikan... Insya-Allah aku akan cuba juga meluangkan masaku untuk kembali seperti dulu... agar blogku tidak kesunyian lagi.. : )

Disini aku memulakan cerita yg x berapa lama dahulu... kami adik beradik dapat bekumpul sekeluarga dirumah mak & ayah... aku teringin sgt nak menjamu kek secret recipe buat mak & ayah serta adik-beradik yg lain. Ye la kedai secret recipe nie baru bukak kat tanjong malim. Asyik kami je makan kan. Kebetulan aku balik dgn adikku Ojan jd kami kongsi2 la beli kek nie..


Masih dalam kotal lagi

SAYANG MAK & AYAH




Upacara memotong kek.. seronok akim tgk Atok & Opah potong kek.. sbb dia dah x sabar2 nak makan kek tu.














Isya-Allah ade rezeki kite makan lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...